Use your ← → (arrow) keys to browse
ARNAULT
Keluarga Arnault yang diketuai oleh Bernard Arnault dilihat sebagai penyelamat fesyen.Dia kini selesa menjadi Ketua Pengarah Eksekutif buat Louis Vuitton Moet Hennessy (LVMH) yang mana menjadi syarikat induk fesyen bagi jenama besar seperti Louis Vuitton, Celine, Givenchy dan Loewe.
Bernard Arnault
Bernard yang mengepalai syarikat fesyen ini turut dibantu oleh anak-anaknya yakni Antoine Arnault dan Delphine Arnault. Antoine diberikan kepercayaan untuk menjadi Ketua Pengarah Eksekutif buat Loro Piano setelah ayahnya mendapatkan 80 peratus saham daripada jenama yang terkenal dengan pembuatan Kashmir mewah.
Antoine Arnault
Sebelum ini dia adalah orang penting dalam menukar hala tujuan Berluti daripada sekadar jenama membuat kasut kepada label fesyen lelaki terbaik sekarang. Delphine Arnault pula adalah orang yang bertindak mendapatkan Raf Simons untuk bekerja di Dior setelah John Galliano ditamatkan kontraknya.