Kadang kala bosan juga jika hanya menyarungkan helaian ringkas. Seperti tidak cukup garam dalam penampilan seharian, lalu ada label yang cuba mengambil inisiatif dengan memberikan himpunan bersifat eklektik. Gucci adalah salah satu label yang paksinya cukup jelas dalam menjulang rasa quirky ini. Selain itu, Jeremy Scott di Moschino turut serta dalam melahirkan koleksi yang mempunyai elemen tongue-in-cheeks dan menyajikan idea dunia komersial dalam gaya dramatik. Seni cubism oleh artis Sonia Delaunay pula menjadi inspirasi buat Roksanda Ilincic untuk koleksi pra-musim bunga 2016.
[soliloquy id="42145"]
*Dapatkan GLAM edisi Januari 2016 untuk baca lanjut laporan fesyen. Atau muat turun edisi digital menerusi link ini www.magzter.com.