Danit Peleg, 27, merupakan pereka fesyen pertama yang menghasilkan sebuah koleksi 3D hanya dari rumah. Pereka fesyen dari Israel ini mencetak setiap rekaan di atas kertas bersaiz A4 sebelum menggabungkannya menjadi gaun, skirt mahupun kasut.
Baru-baru ini, Peleg diberi penghormatan untuk mereka sebuah busana untuk Amy Purdy, pemenang pingat gangsa Paralimpik 2014 dan world-class snowboarder di Majlis Pembukaan Paralimpik Rio 2016.
Amy Purdy menggayakaan rekaan Peleg di majlis tersebut ketika membuat persembahan tarian bersama robot sebagai simbol kekuatan memandangkan kedua-dua kaki Purdy terpaksa diamputasi kerana menghidapi Neisseria meningitis.
Danit Peleg memberitahu bahawa gaun tersebut diispirasikan dari lukisan Sandro Botticelli iaitu The Birth of Venus dari segi motif dan warna. Beliau juga bakal melancarkan koleksi yang terdiri dari lima rekaan daripada gaun rekaan untuk Amy.