Coperni Di Disneyland Paris Sempena Musim Bunga 2025
Dari pertunjukan ikonik gaun semburan yang diperagakan oleh Bella Hadid ke “Robotic Dogs” di runway. Coperni akan mencatat sejarah dengan pertunjukan fesyen bagi Musim Bunga di Disneyland Paris!
Tidak dilupakan pertunjukkan arkib ikonik keunggulan Alexander McQueen yang penuh luar biasa. Kini pengasas dan pereka Coperni, Arnaud Vaillant dan Sébastien Meyer telah menganjak kehadapan dengan mencipta jenama mereka sebagai salah satu acara wajib tonton di Paris Fashion Week. Dengan bereksperimenkan teknologi canggih serta pilihan lokasi yang menakjubkan. Namun, pertunjukan fesyen ini dijangka akan mengatasi semua detik indah kian tular di industri fesyen dan internet. Sempena penutupan musim bunga 2025, Coperni memilih taman hiburan ikonik Disneyland Paris yang merupakan kali pertama buat taman hiburan tersebut menganjurkan pertunjukan fesyen dalam sejarah 32 tahun.
Nantikan Coperni di Disneyland Paris pada 1 Oktober 2024!
Seterusnya, kedengaran berita pertunjukan fesyen Coperni di Disneyland Paris membuat semangat kanak-kanak dalam diri begitu teruja. Mengimbau kembali zaman kecil yang penuh fantasi, Disneyland adalah destinasi impian buat semua. “Kami akan bermain dengan sisi glamor dan sisi muda, tetapi kami juga akan membawa beberapa elemen teknologi dari aspek teknologi yang besar di Disney. “Ia akan menjadi detik yang sangat indah. Anda tahu Disney akan tetap menyentuh hati setiap orang.” kata Vaillant.