Jeremy Scott terus mencipta magik di Moschino dengan koleksi fantasi yang diinspirasikan dari Barbie doll. Warna hot pink menjadi taruhan beserta aksesori playful seperti iPhone cover ala cermin yang dimiliki patung itu. Peragawati yang berjalan di pentas peragaan turut didandan imej seperti Barbie dengan rambut big wavy blonde. Manakala kehadiran model Charlotte Free dengan roller skate di atas pentas menaikkan lagi semangat penonton yang hadir serta memeriahkan lagi pertunjukan fesyen itu.