Coach x Tom Wesselmann, Mengedepankan Spirit Optimis - Glam Malaysia

Coach x Tom Wesselmann, Mengedepankan Spirit Optimis

COACH HADIRKAN SATU LAGI KOLEKSI BAHARU SEMPENA MUSIM BARU. COACH X TOM WESSELMANN MENAMPILKAN KEMPEN HASIL BIDIKAN JUERGEN TELLER YANG DIBINTANGI WAJAH-WAJAH SEMASA, HARI NEF, KAI-ISAIAH JAMAL DAN MANAMI KINOSHITA. 

Sesuatu yang istimewa dihadirkan oleh Coach untuk musim baru. Coach x Tom Wesselmann, yang menampilkan wajah-wajah semasa seperti Hari Nef, Kai-Isaiah Jamal dan Manami Kinoshita untuk kempen globalnya. Menggunakan khidmat jurugambar Juergen Teller. 

Diilhamkan oleh semangat optimis, bernada playful yang dikongsi oleh Coach bersama artis pop Amerika, koleksi ini menampilkan karya seni Wesselmann pada beg ikonik Coach, seperti beg Rogue dan Duffle dan jaket shearling, meraikan rumah dan warisan bersama artis seni mengenai warisan dan budaya pop Amerika. 

Koleksi ini juga mengilhami tema keseronokan dalam karya Wesselmann, menampilkan motif grafik ragam warna, termasuk lakaran bibir, bunga dan sebagainya. Terhias indah pada cetakan jacquard Coach dan kulit Glovetanned dengan cetakan dan sulaman dengan labuci. Bagi menyempurnakan koleksi ini, Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers bekerjasama secara rapat dengan keluarga artis. 

See also
Siapakah Wanita Lain Yang Bergaya? GLAM Pilih 5 Lagi "ULTRA-STYLISH" 2022

Kempen ini memaparkan bakat dalam dunia Wesselmann yang kreatif, terkenal dengan warna-warna vibrant dan objek-objek harian yang berganda saiznya, merujuk kepada pendekatan artis terhadap skala. 

Kempen filem yang dihasilkan cukup menarik. Selain menampilkan rekaan utama, kita juga dapat mengenali Wesselmann dengan lebih lanjut. Kerana terdapat puisi ciptaan Jamal yang dibacakan, yang mana mengambil kerja-kerja seni Wesselmann sebagai inspirasi. 

Kempen ini juga dilanjutkan dengan pengalaman digital. Pengguna boleh meneroka dan mendekati koleksi, juga bermain dengan pelbagai aplikasi menarik. Siri “EduToks” di TikTok pula disiarkan untuk membincangkan kehidupan dan kerja-kerja Wesselmann. Koleksi ini bakal hadir di Malaysia bermula 7 Julai 2022. 

Artikel berkaitan: Coach Tonjol Gaya Istimewa Ilham Ibu Tersayang