The New rock chic - Glam Malaysia

The New rock chic

When you think rock, you think leather jacket and knee length boots? Musim baru ini tambah elemen yang hangat dari pentas musim luruh 2016.
 

T68926961_2M

Gambar: TPGimages


 
Shine on

Shine on, ladies! Hiasan tinsel kini bukan sahaja boleh menjadi hiasan untuk pokok Christmas tetapi juga ia digunakan sebagai material untuk mereka sebuah pakaian. Kebanyakkan pereka fesyen ternama menggunakan tinsel sebagai material utama dalam koleksi mereka. T-shirt lengan panjang dari Adam Selman ini dipenuhi dengan tinsel merah. Gayakan dengan skinny jeans hitam dan kasutsneakers hitam bagi menghembuskan sedikit elemen quirky.
 

T69440658_2M

Gambar: TPGimages


 
Kuasa 80-an

Don’t underestimate the power of the 80s style. Gaya 80-an kekal dalam carta trend. Lihat sahaja apa yang diusulkan oleh bekas Pengarah Kreatif Yves Saint lauren, Hedi Slimane untuk musim luruh ini. Diinspirasikan dari Helmut Newton high gloss style, gaya rock chic anda tampak lebih chic dan classy.
 

T69295290_2M

Gambar: TPGimages


 
Jaket militari

See also
#MFW-Yugyeom Muncul Di Onitsuka Tiger Spring Summer 2023

Gaya tentera telah menjadi sumber inspirasi buat kebanyakkan pereka fesyen terkenal untuk diperkenalkan pada rekaan koleksi mereka musim ini seperti di koleksi Dolce&Gabbana. Lebih menarik jaket-jaket tentera ini diolah dengan penambahan cetakan oriental, penambahan reben dan juga pompoms untuk tampil lebih baru.
 

Nina Ricci Paris RTW Fall Winter 2016 March 2016

Gambar: TPGimages


 
Play with fabric

Ya, penggunaan material kulit tampak terlalu klise untuk menonjolkan gaya rock chic! Jadi bijaklah dengan bermain dengan fabrik lain dalam nada gelap. Seperti apa yang dipentaskan oleh Nina Ricci, gaun renda hitam lembut disatukan bersama fabrik baldu. Warna klasik hitam, hijau zamrud, biru gelap serta merah kesumba pastinya menyalurkan statement terkini.
 

givenchy_jpg_4134_north_499x_white

Gambar: Vogue


 
Jaket Biker

Item mesti ada bagi menyerlahkan gaya ini. Musim ini tampil lebih unik dengan gaya oversized, cape, dan ada juga yang menonjolkan siluet feminin. Dari himpunan Vetements, Givenchy, Balenciaga mahupun Isabel Marant semuanya menyediakan item essential stail ini.