Sering tampil dalam helaian mewah, Eleonora Carisi menonjol dengan gaya peribadi. Blogger kelahiran Itali ini sememangnya bijak dan berani dalam suai padan gaya dan hasilnya, dia tampil chic bersahaja. Tidak hairanlah wajahnya sering menjadi pilihan rumah fesyen dan untuk kolaborasi. Lihat sahaja gayanya yang dirakam lensa kamera, penuh dengan inspirasi sekaligus membuktikan dia punya estetika tersendiri dalam berfesyen.