Use your ← → (arrow) keys to browse
Hitam putih trend pilihan D&G
Berlatar belakangkan skrin gergasi yang memaparkan video hitam putih Kardashian sedang menikmati spageti, sambil memperlihatkan peragawati berjalan menggayakan korset yang dihias sulam berlian yang berkilauan, crop top dengan seluar ketat potongan high-waist dan baju net. Skirt panjang potongan langsing manakala seluar jeans koyak dan dihiasi perincian yang menarik perhatian. Sesetengah model memakai choker besar bertulis “KIM” atau “LOVE”.
Palet warna terutamanya terdiri daripada hitam, putih, perak berkilat, dengan sentuhan tambahan cetakan harimau. Label itu, yang diketuai oleh dua pereka Domenico Dolce dan Stefano Gabbana,mengunakan tagline #CiaoKim menjelang persembahan dengan video pendek Kardashian dirakam oleh paparazi dikongsikan di instagramnya.