Use your ← → (arrow) keys to browse
Dolce & Gabbana bekerjasama dengan bintang realiti TV, Kim Kardashian !
Empat tahun lalu, Stefano Gabbana, sebahagian daripada duo pereka di belakang label Itali Dolce & Gabbana, didakwa menggelar Kardashians “orang paling murah di dunia” dalam komen Instagram yang kemudiannya dipadamkan. Kini, label itu telah bekerjasama dengan Kim Kardashian, yang mengabadikan gaya Dolce & Gabbana dari 1990-an dan awal 2000-an untuk koleksi Spring/Summer 2023 di Minggu Fesyen Milan pada 24 September. Label mewah Itali itu mempersembahkan koleksi terbarunya khas untuk wanita bersertakan tagline untuk koleksi ini, #CiaoKim.