Charlene, Puteri Monaco & Perenang Olimpik - Glam Malaysia

Charlene, Puteri Monaco & Perenang Olimpik

Prince Albert II of Monaco and Charlene Wittstock have been married in a short civil ceremony in Monaco, July 2, 2011. A former Olympic swimmer for South Africa, 33-year-old Wittstock now has the official title Her Serene Highness, Princess Charlene. She wore a dress designed by Giorgio Armani. A crowd of several thousand people outside the palace waved Monegasque and South African flags. The rather understated civil ceremony is to be followed tomorrow by more extravagant event at Monaco's royal palace. (Marco Piovanotto/iPhoto) Photo via Newscom

 

Siapa sangka bahawa wanita anggun dan cukup sofistikated ini bukan sahaja seorang puteri, malah beliau juga merupakan seorang perenang Olimpik bagi Afrika Selatan?

 

 

Prince Albert II of Monaco and Charlene Wittstock have been married in a short civil ceremony in Monaco, July 2, 2011. A former Olympic swimmer for South Africa, 33-year-old Wittstock now has the official title Her Serene Highness, Princess Charlene. She wore a dress designed by Giorgio Armani. A crowd of several thousand people outside the palace waved Monegasque and South African flags. The rather understated civil ceremony is to be followed tomorrow by more extravagant event at Monaco's royal palace. (Marco Piovanotto/iPhoto) Photo via Newscom

 

Beliau dilahirkan pada 25 Januari 1978 di Rhodesia (sekarang dikenali sebagai Zimbabwe) dengan nama kelahiran Charlene Lynette Wittstock. Wanita jelita ini mula berkenalan dengan Puteri Albert dari Monaco ketika beliau menyertai sebuah pertandingan renang yang berlangsung di Monte Carlo pada tahun 2000. Kecantikan dan personaliti yang mudah disenangi Charlene membuatkan Putera Albert tertarik dengannya, lalu berkahwin lebih 10 tahun kemudian. Pasangan diraja ini dikurniakan sepasang zuriat kembar, Puteri Gabriella dan Putera Jacques 3 tahun selepas perkahwinan mereka.

 

 

--- NO SALES IN GERMANY, NO SITE , NO BLOG, NO TABLOID ---- Baptism of the Royal Children of T.S.H. Prince Albert II of Monaco and Princess Charlene, H.S.H. Hereditary Prince Jacques and H.S.H. Princess Gabriella, in Monaco Cathedral in the presence of members of the Royal Family and the Wittstock family. Monaco 10 th May

 

 

Walaupun tidak pernah mengambil kelas renang, gelora beliau akan sukan renang tetap utuh hingga dapat mewakilkan negaranya, iaitu Afrika Selatan dalam pelbagai acara renang professional terkemuka, termasuklah Sukan Olimpik 2000 dan Sukan Commonwealth 2002. Impian beliau untuk mewakili negaranya dalam Sukan Olimpik 2008 musnah apabila beliau gagal meneruskan diri dalam pusingan kelayakkan akibat kecedaraan malang di bahagian bahu. Namun demikian, beliau telah dinobatkan sebagai duta bagi acara Sukan Olimpik Khas pada tahun 2011 atas kehandalan dan pengaruhnya akan sukan renang.

See also
Demonstratif Gaya Baru: Ritma Eklektik

 

 

Penampilannya yang senantiasa menawan dijadikan tumpuan dan buruan lensa kamera paparazzi ke manapun beliau pergi, dari ke acara sosial mahupun ketika menjalankan tugas-tugas rasmi bersama suami tercintanya. Stailnya yang elegan dengan pemakaian busana latest yakni dari Giorgio Armani dan Akris juga menjadi buah mulut golongan elit Eropah.

 

 

29 April 2014 - Beverly Hills, California - Princess Charlene of Monaco, Charlene Wittstock. The Colleagues' 26th Annual Spring Luncheon held at The Beverly Wilshire Hotel. Photo Credit: Byron Purvis/AdMedia/Sipa USA

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah