Chanel Mengeluarkan 4 Trailer Pendek Untuk Kempen Gabrielle
Karl Lagerfeld baru sahaja melancarkan sebuah roket semasa pertunjukan fesyen A/W ‘17 dan pada masa yang sama menampilkan beberapa tas tangan Gabrielle yang baru untuk koleksi tersebut.
Untuk meraikan legasi pengasas Rumah Chanel, Gabrielle ‘Coco’ Chanel, Lagerfeld telah menghasilkan sebuah kempen yang terdiri daripada empat bahagian dan akan menampilkan muse Chanel seperti: Cara Delvingne, Kristen Stewart, Pharrell Williams, dan Caroline de Maigret.
Dengan arahan pengarah Daniel Askill, Kristen Stewart berjumpa dengan semangat Gabrielle. Cara Delevingne pula diarahkan oleh Shishi Yamazaki berasaskan rotoscoping. Olivier Assaya pula mengarah filem pendek Caroline de Maigret sebagai gadis Paris dalam gambar hitam dan putih. Manakala Pharrell Williams pula menerima arahan daripada Atoine Carlier bertempatkan sebuah dewan konsert yang kosong.
Untuk setiap filem ini, mereka akan menggambarkan aura dan semangat Gabrielle yang magical dan penuh misteri.