Cannes Recap: 6 Wanita Cantik Dalam Kerlipan Chopard - Glam Malaysia

Cannes Recap: 6 Wanita Cantik Dalam Kerlipan Chopard

Menjadi rakan utama buat Festival Filem Cannes sejak 1998, Chopard tidak pernah lupa mengindahkan tetamu dengan barang kemas mereka.

Dunia sinema dengan Chopard tidak dapat dipisahkan lagi. Apatah lagi apabila Caroline Scheufele yakni Presiden Bersama dan Pengarah Artistik Chopard mereka semula piala ikonik Festival Filem Cannes pada 1997. Tahun kemudiannya, jenama barang kemas ini terus menjalinkan hubungan bersama festival paling popular sebagai rakan rasmi dalam menyediakan piala kepada para pemenang. Tahun ini permaidani merah di Cannes terus mewah dengan kerlipan barang kemas Chopard. Ini adalah juita pilihan GLAM yang gah menyarungkan barang kemas Chopard yang mana setiap emas dan permatanya dicari dengan penuh beretika.

SIBIL CETINKAYA

Pelakon asal Istanbul ini menyarungkan rantai choker emas putih 18 karat dengan dihiasi berlian potongan briolet dan brilliant serta subang emas putih 18 karat bertatah berlian potongan pir dan marquise daripada koleksi Haute Joaillerie.

MEREDITH DUXBURY

chopard cannes

Bintang sensasi Tik Tok dengan lebih 18 juta pengikut, Meredith Duxbury mewah dengan kalungan rantai emas putih 18 karat berserta berlian potongan hati dan digayakan bersama subang emas putih 18 karat berberlian potongan pir daripada koleksi Haute Joaillerie.

See also
8 Fesyen Pasangan Selebriti Terbaik Pada 2023

GRETA GERWIG

Greta Gerwig yang dilantik sebagai Ketua Juri buat edisi Festival Filem Cannes ke-77 indah dengan anting-anting emas putih 18 karat beserta permata tanzanit potongan pir.

EMMA THYNN

chopard cannes

Marchioness of Bath, Emma Thynn menyarungkan rantai emas putih dengan berlian 60.02 karat dan digandingan bersama subang 18 karat bertatah berlian potongan pir daripada koleksi Haute Joaillerie.

FRANCISCA GOMES

Model dan kekasih kepada Pelumba F1, Pierre Gasly yakni Francisca Gomes memilih subang emas putih 18 karat dengan berlian berbentuk pir 18.05 karat, rantai emas putih 18 karat dengan potongan pir, gelang tangan emas putih 18 karat berberlian potongan pir semuanya daripada koleksi Haute Joaillerie dan cincin emas putih 18 karat daripada koleksi Precious Lace.

DEMI MOORE

Bintang filem Amerika Syarikat berkilau indah dengan subang emas putih 18 karat yang digabungkan bersama berlian delima 26.69 karat daripada koleksi Haute Joaillerie.

Artikel Berkaitan: Filem Tempatan, Tiger Stripes Lakar Sejarah Di Cannes 2023