Butiran Kolaborasi Tahunan H&M 2018: ERDEM x H&M
H&M dan Erdem, jenama mewah di London, mengumumkan berita gembira tentang kolaborasi pada awal Julai yang lalu dan telah menerima sambutan yang mengalakkan. Membuatkan kolaborasi kali ini juga dinanti-nantikan peminat-peminat fesyen yang ingin mengenakan ceraian eksklusif Erdem pada harga yang lebih mesra kepada dompet dan akaun bank anda.
Koleksi yang bakal menemui pembeli bermula 2 November ini merupakan sebuah koleksi yang disulamkan dengan keperibadian pereka Erdem Moralıoğlu dan juga visi H&M.
“Ada sesuatu tentang kolaborasi ini yang membuatkan ia lebih bebas dibandingkan dengan koleksi pentas peragaan sayam dan sangat demokratik,” terang pereka kelahiran Kanada itu.
Ketua Rekaan H&M Ann-Sofie Johansson sendiri menyatakan “Untuk setiap kolaborasi kami, kami memberitahu setiap pereka yang kami mahukan inti pati sebenar mereka dan jenama yang mereka bawa.”
Menggabungkan kisah dan pengelaman Moralıoğlu sebagai seorang pereka bermula pada tahun 90-an memberikan vibe yang agak vintaj kepada setiap ceraian yang dihasilkan. Lazim dengan signatur rekaannya di atas pentas. “Saya memikirkan ceraian-ceraian yang ibu saya pernah pakai, seperti waktu dia menyarungkan kot bapa saya untuk menghantar kami ke sekolah,” ujar Moralıoğlu.
Untuk menzahirkan ERDEM x H&M, Moralıoğlu telah mengambil inspirasi daripada getaway impiannya ke kawasan pedalaman England, menggabungkan gaun dengan jahitan, fungsi bersama drama, dan setiap ceraian ini juga membuka pintu peluang untuk pemakai yang terdiri daripada pelbagai generasi untuk memberi interpretasi mereka sendiri mengikut stail masing-masing.
Koleksi ini juga merupakan cabaran buat diri Moralıoğlu kerana dia juga mereka ceraian untuk golongan lelaki yang juga boleh dikenakan oleh golongan wanita. “Saya ingat lagi sewaktu kami sedang mencuba jaket lelaki dan kami mengenakannya pada model wanita kami untuk melihat hasilnya. Ia merupakan satu detik yang bermakna buat kami kerana dia kelihatan menakjubkan dan relevan. Memberi kami idea untuk menghasilkan jaket double-breasted untuk koleksi wanita yang merupakan ceraian kegemaran saya daripada koleksi ini.”
GLAM sendiri tidak sabar untuk get out hands on these pieces pada 2 November ini di H&M Lot 10, H&M Avenue K, dan hm.com.
KLIK SETERUSNYA untuk melihat setiap ceraian yang anda boleh dapatkan tidak lama lagi.