Jupiter Ascending yang kini hangat ditayangkan di pawagam menjadi perbualan hasil visual memukau serta kostum hebat dipakai Mila Kunis. Menurut sumber, lebih 1.3 juta biji kristal Swarovski digunakan untuk menghasilkan 34 kostum dalam filem space opera itu. Masa yang diperuntukkan untuk menghasilkan konsep kostum sahaja mencecah hampir dua tahun.
[soliloquy id=”2826″]
Gambar: Warner Bros
Paling mencuri perhatian adalah busana pengantin nude perincian merah rekaan Michael Cinco yang dipakai Mila Kunis, mencipta momen fesyen tersendiri apabila dia terapung menuju ke dewan perkahwinan.