Bright Vachirawit Takluki Kota London Bersama Burberry - Glam Malaysia

Bright Vachirawit Takluki Kota London Bersama Burberry

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Burberry dengan bangga mempersembahkan filem terbaru, ‘Bright in London’, yang menampilkan Duta Jenama Global mereka, Bright Vachirawit.

Burberry

Dalam filem ini, Bright menjelajahi kota London menaiki bot, memancarkan gaya dan elegansi dengan trench coat ikonik Burberry yang terkenal.

Filem ini meraikan warisan Burberry dalam rekaan outerwear. Trench coat yang dikenakan oleh Bright dihasilkan di England, menggunakan kain gabardine kalis air dengan lapisan Burberry Check yang klasik. Penggambaran dilakukan di lokasi ikonik seperti London Eye, Tower Bridge, dan Palace of Westminster, yang menonjolkan pemandangan terbaik kota ini.

Hubungan Istimewa Bright dengan London
Dalam filem ini, Bright mengungkapkan perasaan peribadinya terhadap London melalui suara latar yang intim. “Burberry membuatkan London begitu istimewa buat saya. Setiap kali saya di sini, ia selalu bersama Burberry – mereka membuatkan tempat ini terasa seperti rumah kedua,” kata Bright dengan penuh emosi.

Filem yang diarahkan oleh Alexandra Leese dan dirakam oleh Maxwell Tomlinson ini bukan sekadar memaparkan pemandangan kota, tetapi juga menonjolkan hubungan mendalam Bright dengan jenama Burberry. Bagi Bright, cuaca London yang tidak menentu – dingin, berangin, dan kadangkala hujan – menjadikan trench coat Burberry sebagai pilihan yang sempurna. “Anda perlukan sesuatu yang mampu melindungi dari pelbagai keadaan cuaca sambil tetap kelihatan effortless, seperti trench coat Burberry,” tambahnya.

See also
Meet The 'It' Bag That Celebrities Can't Stop Carrying!

Mengenali Bright Vachirawit
Dilahirkan pada tahun 1997, Bright Vachirawit ialah seorang pelakon dan artis terkenal dari Thailand yang mencuri perhatian ramai melalui watak utamanya dalam siri hit ‘2gether’ dan ‘F4 Thailand: Boys Over Flowers’. Selain berbakat dalam lakonan, Bright juga seorang pemuzik, dengan lagu terbarunya ‘Long Showers’ mendapat sambutan hangat.

Pada tahun 2022, Bright dilantik sebagai Duta Jenama Global pertama Burberry dari Asia Pasifik Selatan, satu pengiktirafan besar terhadap pengaruhnya di peringkat global. Penampilannya di barisan hadapan pertunjukan Burberry di London mengukuhkan lagi hubungannya dengan kota ini.