Bravery, Ini Barang Kemas Yang Paling Menakjubkan - Glam Malaysia
bravery

Bravery, Ini Barang Kemas Yang Paling Menakjubkan

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bersempena meraikan ulangtahun ke-200 pengasas Louis Vuitton, koleksi barang kemas Bravery diperkenalkan dengan fokus pada batu berlian berwarna indah

2021 menjadi tahun penting buat Louis Vuitton, kerana mereka dengan gemilangkan meraikan 200 tahun kelahiran pengasas mereka yang lahir pada 1821. Lalu, Francesca Amfitheatrof selaku Pengarah Kreatif Barang Kemas dan Jam Tangan Louis Vuitton berbesar hati melancarkan koleksi barang kemas termewah yang baharu. Nama Bravery dijadikan simbol kepada koleksi barang kemas mewah ini juga membawa esen warisan yang cukup indah buat para pecinta Louis Vuitton.

Melalui koleksi yang merayakan semangat keberanian, Amfitheatrof menyajikan 90 item barang kemas yang berekaan rumit. Setiap legasi yang ada di arkib Louis Vuitton dipersembahkan dalam nilai yang cukup rumit dan berseni tinggi. Ada lapan koleksi yang dipertaruhkan buat himpunan Bravery ini yang diideakan daripada kronologi biografi Louis Vuitton. Pasukan artisan yang bertanggungjawab dalam penghasilan koleksi barang kemas ini mengambil masa lebih tiga tahun untuk mencari koleksi berlian berona mewah agar menepati kisah idea koleksi barang kemas ini.

See also
Gaya Karpet Merah Paling Ikonik 2021

INI ADALAH LAPAN KOLEKSI MEWAH BRAVERY

BRAVERY

La Constellation d’Hercule mengadaptasi buruj yang kelihatan hanya pada waktu tahun kelahiran Louis Vuitton, 4 Ogos 1921.