Blake Lively Ratu Fesyen Cannes

Blake Lively Ratu Fesyen Cannes

h_52755708

Dalam ramai-ramai selebriti yang melewati permaidani merah Festival Filem Cannes tahun ini, rata-rata pemerhati fesyen bersetuju yang kehadiran Blake Lively nyata mencetus impak melalui pilihan persalinan mewahnya yang cukup glamor.

 

 

h_52753716

Walau sedang berbadan dua, Lively memastikan dia ratu permaidani merah di Cannes apabila tampil penuh bergaya dalam beberapa persalinan daripada sebilangan rekaan pereka ternama dunia. Pelakon yang suka membawa imej ‘old Hollywood glamor’ ini memastikan kehadirannya di Cannes 2016 sering dinantikan oleh para peminat dan media.

 

 

h_52753717

Ikon stail ini umpama menyalurkan idea bahawa dia adalah Cinderella versi moden ketika melewati karpet merah untuk tayangan perdana Slack Bay. Lively menggayakan gaun warna biru pucat ilham Vivienne Westwood.

 

 

h_52753848

Gaun indah tersebut dihiasi dengan labuci dan bahagian skirtnya kembang bertingkat. Lively menyempurnakan penampilannya dengan cekak rambut bertatahkan berlian dan sepasang anting-anting daripada Lorraine Schwartz.

 

 

h_52755716

Manakala sewaktu di Palais des Festivals sempena tayangan perdana BFG, dia mengenakan pula gaun sutera berlabuci biru rekaan Atelier Versace.

See also
Jadual Pementasan Di Minggu Fesyen Paris

 

 

h_52755903

Lively mengikat rambutnya stail ‘ponytail’ yang mana menyerlahkan lagi bahagian atas tubuh yang cukup menggiurkan! Aktres berkenaan turut megah melangkah dalam kasut Christian Louboutin dan memilih Lorraine Schwartz sebagai perhiasan mewahnya.