BLACKPINK "Pink Venom" Lengkap Gaya Dramatik! - Glam Malaysia
BLACKPINK Pink Venom lengkap gaya dramatik!

BLACKPINK “Pink Venom” Lengkap Gaya Dramatik!

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Video muzik “Pink Venom” adalah video termahal BLACKPINK?

BLACKPINK kembali!  Dua tahun selepas single terbaru mereka, “Lovesick Girls” 2020, kumpulan K-pop kegemaran semua kini muncul dengan album kedua mereka yang akan datang, Born Pink. Semalam, mereka mengeluarkan single pertama dan  video muzik daripada rakaman, BLACKPINK “Pink Venom”, gabungan rentak hip-hop yang gemuruh dan bunyi halus geomungo dan Zither yakni alat musik tradisional Korea.

Sudah tentu kepulangan mereka diiringi dengan video muzik yang memukau dan padanan fesyen yang tidak mengecewakan. (Sebabnya? Anda sedia maklum yang ahli kumpulan ini – Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa semuanya telah menandatangani kontrak utama dengan jenama fesyen tersohor yakni Dior, Chanel, Saint Laurent dan Celine masing-masing.) Video ini menampilkan jenis gaya eklektik liar yang telah menjadi signature kumpulan itu. Pastinya sentuhan lebih berbahaya sesuai dengan ‘sengatan berbisa’ lagu itu.

Blackpink

Video itu sendiri bermula dengan Jisoo memetik melodi daripada alat muzik korea, Zither sambil memakai hanbok kontemporari yang dihasilkan oleh pereka fesyen generasi baru, Miss Sohee, beserta barang kemas dari Cartier. Kemudian Jennie beraksi di atas permaidani merah yang dibentangkan di hadapan trak raksasa yang memakai gaun merah rekaan Pieter Mulier dan kasut tumit GCDS berona hitam.

See also
Kes Taylor Swift Diraba Masih Lagi Diperbincangkan

blackpink

Lisa mempamerkan gaya khasnya yakni pakaian jalanan dalam rupa tahun 90-an seperti baju bola keranjang  oleh jenama Korea Neon Genesis Oddity dan overalls denim serta dihiasi dengan bucket hat oleh Hedi Slimane untuk Celine.  Akhirnya, Rosé muncul dalam gaun mini lateks yang dihiasi dengan barang kemas oleh jenama kegemarannya iaitu Saint Laurent dan Tiffany & Co.