BFF Gigi Hadid dan Kendall Jenner Bersatu Dalam Kempen FENDI - Page 3 of 6 - Glam Malaysia

BFF Gigi Hadid dan Kendall Jenner Bersatu Dalam Kempen FENDI

Keakraban antara BFF Gigi Hadid dan Kendall Jenner bisa disaksikan tatkala mereka keluar makan bersama, menghadiri pertunjukan fesyen bersama, berparti dan banyak lagi situasi yang berbeza. Kali ini pula kedua-duanya membintangi kempen terbaru Fendi.

 

Hadid dan Jenner kedua-duanya boleh dilihat mengenakan koleksi musim luruh jenama itu dalam kempen yang diberi nama "F en Folie" yang bererti "Kegilaan dalam F." Turut ditampilkan dalam foto-foto yang diambil oleh Karl Lagerfeld sendiri untuk kempen itu adalah monogram terbaru Fendi.

 

Mereka juga turut memperagakan aksesori yang datang sekali dengan koleksi tersebut seperti tas tangan, anting-anting, dan juga kasut but bertumit.

 

#KarlLagerfeld and @kendalljenner on set of "F en Folie," the new #FendiFW17 campaign.

A post shared by Fendi (@fendi) on

Imej-imej yang dikongsikan oleh Fendi membuatkan kami di GLAM lebih teruja untuk get our hands on mana-mana ceraian daripada koleksi tersebut walaupun Malaysia ini panas senantiasa.

 

Lihat imej-imej daripada kempen tersebut di bawah:

3 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse