Beyoncé Menampilkan Girl Squad Baru Untuk Kempen Ivy Park - Glam Malaysia

Beyoncé Menampilkan Girl Squad Baru Untuk Kempen Ivy Park


 

Kempen kedua koleksi athleisure Ivy Park oleh Beyoncé kali ini menampilkan gadis-gadis yang sememangnya secocok dengan tema dan prinsip Ivy Park mengenai sisterhood seperti yang dilakukannya untuk album kejutan Lemonade yang dikeluarkan pada April tahun lepas dan telah pun menerima pencalonan untuk Anugerah Grammy dalam 9 kategori.

 

Beyoncé mengongsikan foto-foto baru yang diambil oleh jurufoto Zoë Ghertner untuk kempen terbaru Ivy Park menampilkan gadis-gadis muda yang lantang bersuara mengenai isu-isu wanita dan masyarakat. Pelakon muda dan aktivis Yara Shahidi , Selah Marley cucu legenda muzik Bob Marley, dan juga model Sophie Koella.

 

[envira-gallery id=”61534″]

Koleksi terbaru Ivy Park ini mengukuhkan lagi imej gadis cool athleisure dan menampilkan ceraian seperti sports bra, leotards, leggings, sweatshirts, dan juga parka.

See also
Lily-Rose Depp Menggemparkan Dunia Peragaan

 

Kempen ini turut meraikan bagaimana wanita boleh memakai koleksi ini walau apa pun idea mereka mengenai “sukan”.

 

“Sukan selalunya memberi fokus kepada lelaki, dan [ianya memberikan semangat] hanya dengan menunjukkan yang wanita juga bersukan dan ya, kami juga hebat dalam bersukan. Saya suka bahawa kempen ini menunjukkan yang wanita boleh melakukan apa sahaja dan kita boleh menguasai [apa sahaja] ke mana pun kita pergi,”

 

Koleksi musim bunga Ivy Park ini boleh didapatkan di kedai-kedai seperti Topshop, Nordstrom, Lady Foot Locker, dan Revolve mulai bulan ini.