Feminin dan androgini disatukan dalam koleksi “BETTA” oleh Tsyahmi. Siluet minimal dalam rona neutral dengan teknik pleats serta flare plants memberi pergerakan pada helaian, cukup membias rasa kewanitaan. Ianya kemudian dipadukan dengan sut yang memberi rasa sensual. Wanita di Tsyahmi adalah seorang yang minimalis namun konfiden.