Anugerah Golden Globe 2015 awal minggu ini telah menampilkan gaya red carpet yang hebat daripada barisan bintang Hollywood. Sama ada tampil dengan perincian mewah ataupun potongan gaun yang eksklusif menjadikan mereka antara yang paling anggun di permaidani merah. GLAM himpunkan best dressed yang punya pesona masing-masing.