Berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam yang meraikan bakat industri filem tanah air itu menyaksikan penghias muka hadapan GLAM edisi Jun 2015, Nadiya Nisaa, mengenggam trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi filem Terbaik Dari Langit manakala Aktres Terbaik dimenangi Fazura menerusi lakonannya dalam Manisnya Cinta Di Cappadocia. Pilihan gaya mereka turutĀ dinobat sebagai best dressed pilihan GLAM. Lihat yang terbaik.
Nadiya Nisaa dalam persalinan Innai Red. (Gambar: Nadiya Nisaa)
Cristina Suzanne dalam persalinan Nurita Harith. (Gambar: Nurita Harith)
Fazura dalam persalinan Rizman Ruzaini. (Gambar: Rizman Ruzaini)
Shir Chong dalam persalinan Melinda Looi, Debbie Goh dalam persalinan Nurita Harith. (Gambar: Debbie Goh)
Scha Alyahya dalam persalinan Emilio Pucci. (Gambar: H Live)