Best Coats Moments - Glam Malaysia

Best Coats Moments

Akhir tahun, menjelangnya musim perayaan memperlihatkan peralihan ke musim sejuk. Kebiasaannya, akhir tahun adalah waktu yang terbaik untuk kita merancang percutian akhir tahun bersama keluarga atau kawan-kawan. Melancong ke negara-negara Eropah seperti England, Paris dan Amsterdam merupakan aktiviti melancong kesukaan wanita-wanita glamor. Namun, apakan daya, tahun ini akibat krisis pandemik yang berlanjutan, kita tidak dibenarkan untuk keluar ke luar negara atas dasar keselamatan.

Dengan melanconglah, kita mengambil kesempatan untuk tampil bergaya terutamanya stail ‘layering’ dengan padanan variasi jaket atau kot. Best coats moments? Inilah masanya untuk kita bergaya sakan dengan kot-kot tebal, but tinggi, tas tangan baru dan mencuba solekan yang lebih ‘edgy’ sewaktu berada di destinasi yang bercuaca sejuk.

Trik ‘layering’ yang betul adalah dimulakan dengan kot yang bertindak sebagai penegasan gaya. Bermula dengan kot and the rest will follow. Bercerita tentang kot lagi, pelakon dan mantan isteri Tom Cruise, Katie Holmes adalah contoh terbaik bergaya ‘effortlessly’ dalam pelbagai pilihan kot.

See also
Gaun Kahwin Bak Puteri Emmy Rossum

Katie Holmes sering dirakam bergaya dengan kot yang dipadankan dengan helaian-helaian yang bersifat kesukanan. Rambutnya dibiarkan malas-malas. Hoodies, men’s sweaters, atau sniker berfungsi sebagai padanan terbaiknya. Kombinasi tersebut membuahkan ilham buat semua wanita di luar sana untuk bergaya sewaktu musim sejuk. Apatah lagi, gabungan helaian sukan dan kot memberi keselesaan, selain itu menunjukkan daya gaya yang kreatif melalui penggayaan.

Sejak kebelakangan ini, kot kerap diasosiasikan dengan gaya jalanan era baharu. Penggemar-penggemar gaya jalanan banyak ‘bermain’ dengan kot sebagai trik untuk menampakkan penegasan gaya. Kot trench turut memainkan peranan yang sama. Tiap kot punya impak.

Bayangkan…kemewahan yang terdapat pada kot atau kot trench bertemu dengan aspek kefungsian menjadi sebab kot adalah pilihan terbaik untuk tampil bergaya. GLAM kongsikan beberapa penampilan selebriti dan model yang memilih kot sebagai fokus kala berfesyen. Banyak tip fesyen yang boleh dipelajari melalui penampilan mereka.

best coats moments Selena Gomez
SELENA GOMEZ
best coats moments para shahid
YARA SHAHIDI
best coat moments gigi Hadid
GIGI HADID
kaia gerber best coats moments
KAIA GERBER
best coats moments Margot Robbie
MARGOT ROBBIE

Artikel berkaitan: Solekan Mata Musim Luruh/Sejuk 2015