Kini Anda Boleh Pakai 'LOFA'! - Glam Malaysia

Kini Anda Boleh Pakai ‘LOFA’!

Pengacara dan usahawan popular tanahair, Neelofa melangkah setapak lagi dalam bidang perniagaan apabila baru-baru ini memperkenalkan sweater atau baju panas daripada jenamanya sendiri, Lofa Brand. Memasarkan memasarkan koleksi pengenalan merchandise premium, Lofa Brand ini terdiri daripada koleksi pakaian dan aksesori.

Jelas Neelofa lagi, idea untuk memasarkan merchandise adalah dengan harapan dapat memberi semangat kepada khalayak untuk maju dalam setiap apa yang dilakukan. Malah jenama ini cukup istimewa memandangkan segala jenis ‘merchandise ‘ ini diusahakan di London, England. Neelofa turut menyebut bahawa idea ini tercetus sejak tiga tahun lalu. Dan untuk baju panas ini, ia adalah uniseks yang bermaksud boleh dipakai baik lelaki mahupun perempuan.

“Saya juga mahukan si pemakai merasai adrenalin yang saya rasa sepanjang aktif dalam bidang perniagaan,” katanya”, sebut Neelofa lagi. Namun, Neelofa turut  menegaskan yang koleksi ini tiada kaitan dengan Naelofar Hijab yang lebih memfokuskan terhadap pengeluaran hijab dan pakaian sopan (busana santun).

Neelofa turut memberitahu akan ada lebih banyak koleksi yang akan diumumkan pada masa akan datang dan koleksi barangan premium yang dilancarkan ini merupakan item permulaan LofaBrand yang kini boleh dibeli menerusi laman web: www.lofabrand.com.

See also
Zanotti and The Girls