Lihat Koleksi Paradiso, Kolaborasi Buttonscarves x Jovian
koleksi Paradiso

Bercuti Bersama Koleksi Paradiso, Kolaborasi Buttonscarves x Jovian

Membuat debutnya di Jakarta Fashion Week 2024 yang berlangsung pada Oktober yang lalu, kini koleksi Paradiso kolaborasi Buttonscarves x Jovian tiba bertemu peminatnya di Malaysia!

Berpeluang untuk mendekati koleksi Paradiso hasil kolaborasi dua jenama besar fesyen Indonesia yang popular di Malaysia iaitu Buttonscarves juga Jovian. Melancarkan koleksi tudung dan pakaian, ternyata tampil dengan tema dan konsep yang begitu ceria dan meriah seiring namanya yang menceritakan tentang keseronokan percutian.

koleksi paradiso

Mengambil inspirasi percutian musim panas ini, anda boleh membayangi setiap koleksi Paradiso mengingatkan kita kepada suasana pantai Malibu dan Hawaii. Setiap helaian yang dipersembahkan tampil rekaan yang menyerlah serta mampu memberikan energy yang luar biasa. Menerusi koleksi ini juga, anda bakal dapat melihat kesatuan dua estetika jenama fesyen bergabung indah dan kekal menawan pada sesiapa sahaja yang memakainya.

Dato’ Jovian Mandagie berkongsi,

“Kolaborasi ini menggambarkan interpretasi antara syurga dan muka bumi lalu menjadikan jambatan untuk si pemakai mendefinisikan syurga impian mereka.”

See also
Kemesraan Pasangan Personaliti di KLFW

Linda Anggrea, Pengarah Kreatif Buttonscarves, pula berkongsi,

“Bukan sahaja menggambarkan syurga dan bumi, ia juga merupakan kolaborasi rentasan negara yang cukup indah. Menyatukan karakter Buttonscarves juga Jovian ternyata dapat dilihat di dalam setiap perincian pada koleksi Paradiso ini.”

Dua koleksi utama mereka adalah, Paradiso Scarves juga Paradiso Apparel. Buat koleksi tudungnya, ia hadir dalam dua jenis material iaitu cotton voile untuk tudung jenis bawal, manakala satin silk khas buat tudung jenis shawl. Pastikan anda melihat setiap perincian yang terdapat pada 12 rekaan yang berbeza ini.

koleksi paradiso

Manakala buat koleksi Paradiso Apparel pula menampilkan helaian seperti jumper, knitted jumper, gaun panjang, kain pleated, blaus, seluar palazzo serta cullote yang turut hadir dalam 12 rekaan kesemuanya.

koleksi paradiso