Beg Tangan LV BIKER Lambang Sifat Kewanitaan

Beg Tangan Ikonik LV BIKER, Lambang Sifat Kewanitaan

LV BIKER, beg tangan ciptaan ikonik terbaru daripada Pengarah Kreatif Koleksi Wanita Louis Vuitton, Nicolas Ghesquière.

Beg tangan ini mencerminkan konsep “soft power” untuk koleksi Musim Bunga-Panas 2025 iaitu sebuah konsep yang dekat dengan fesyen Perancis dan Louis Vuitton.

Beg tangan LV BIKER

Secara literal, “soft power” membawa maksud oxymoron yang menarik, seperti sifat kewanitaan yang menggambarkan kelembutan dan kekuatan seorang wanita. Hasilnya adalah satu ekspresi gaya yang menginspirasi sehingga ke aksesori.

Beg LV BIKER menggambarkan sebuah paradoks antara struktur dan kelembutan, diilhamkan oleh jaket klasik penunggang motosikal. Rekaan beg ini menyatukan ketahanan dengan keanggunan, menghasilkan visual yang memikat.

Meneruskan warisan Louis Vuitton, LV BIKER memperkenalkan teknik inovasi kulit dan menggabungkan elemen-elemen khas daripada sejarah panjang pembuatan trunk rumah fesyen ini. Pembuatan beg yang boleh dilipat adalah satu penghormatan kepada sofistikated dan versatil iaitu model-model ikonik seperti Speedy dan Keepall.

Dilengkapi dengan beberapa tali dan dua pemegang, LV BIKER boleh dipakai dengan pelbagai cara iaitu sebagai clutch, di siku, di bahu, atau beg silang, memberikan fleksibiliti buat pemakai.

See also
Deruan Ultra Mewah Louis Vuitton Buat Formula 1

 Jung Ho-yeon menggayakan beg tangan LV BIKER.

Ciri utama LV BIKER adalah kulit Pixel lambskin yang baru dimana terdapat dua kesan tona pada permukaan kulit yang lembut dan bertekstur. Kedalaman ini tercipta dengan menambah lapisan warna pada permukaan kulit, memberikan daya tarikan visual yang menarik.

LV BIKER hadir dalam tiga saiz dan pelbagai warna yang terinspirasi oleh suasana bandar. Model terbesar, LV BIKER MM, menawarkan ruang yang lebih besar tanpa mengorbankan gaya, tersedia dalam warna Pixel Noir dan Dark Denim. LV BIKER PM pula ditawarkan dalam warna Pixel Noir dan Pixel Grège, manakala model terkecil, LV BIKER NANO, juga tersedia dalam Pixel Noir, menjadikannya teman yang sempurna untuk siang dan malam. Beg ini tersedia di butik mulai 22 Februari 2025.

Artikel Berkaitan: Trunk Trofi Formula 1 Rekaan Khas Louis Vuitton Buat Juara!