Beg Raffia LOEWE, Summer Trend 2023 - Glam Malaysia
Summer Trend 2023: Beg Raffia LOEWE

Beg Raffia LOEWE, Summer Trend 2023

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Musim panas berkunjung tiba. Pasti ada diantara kamu yang sedang giat membuat persiapan untuk percutian musim panas. Apakah item perlu bawa? Of course, LOEWE raffia bags. GLAM memilih lima beg raffia LOEWE (produk terhangat summer) yang patut dimiliki. 

Berbicara tentang hal mengimpikan barang-barang musim baharu, beg sering kali berada di urutan teratas senarai keinginan kami-dan untuk musim panas kali ini, terdapat banyak hal yang didambakan. Dari sentuhan klasik khas Chanel, Fendi dan Versace hingga aksesori tangan terbaru di LOEWE. Membuktikan musim yang bagus untuk aksesori. Setuju?

Pun begitu, untuk fesyen musim panas, kami mengesankan bahawa beg Raffia Loewe adalah kunci gaya utama. Fokus aksesori musim panas kali ini adalah pada beg raffia. LOEWE menghadirkan ragam beg raffia untuk pilihan semua. Anda dapat memadankan beg raffia LOEWE dengan segala outfit musim panas kali ini. Bahkan, sesuai untuk acara santai mahupun kegiatan sehari-hari. Beg raffia LOEWE perlu ada dalam mencapai gaya ‘summer’ yang sedang trendy. 

See also
GLAM FIRST: Valentino Des Ateliers

GLAM mengumpulkan lima beg raffia kreasi LOEWE yang berbeza rupa dan ilham dari koleksi LOEWE Ibiza 2023

BEG TOTE MINI FONT

Beg tote mini Font muda dibawa. Bersifat ringan dan material raffia yang membaluti-menyimbolkan nuansa stail musim panas yang sempurna. Logo LOEWE yang besar pada bahagian depan beg memberi sentuhan mewah yang berkelas.