Beg Dior: Ini Lima Yang Wajib Anda Miliki - Page 4 of 5 - Glam Malaysia

Beg Dior: Ini Lima Yang Wajib Anda Miliki

Dior menjadi pilihan wanita, kerana ia memiliki fesyen yang lengkap. Ceraian bajunya kini amat mudah digayakan, terima kasih kepada Maria Grazia Chiuri. Tetapi yang tetap meraja adalah himpunan beg Dior! Setiap tahun ada sahaja beg baharu yang dipersembahkan. GLAM kongsi lima beg yang wajib wanita GLAM miliki untuk melengkapkan gerobok aksesorimu!

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

DIOR ST HONORE

 

Satu beg yang tidak lapuk dek zaman dan paling chic untuk dibawa ke pejabat; beg Dior St Honore. Beg ini juga diambil namanya sempena dengan butik Dior di Rue St Honore. Bentuknya yang mempunyai lekuk pula mendapat idea daripada seni reka bangunan butik Dior di Rue St Honore. Ia adalah sebahagian daripada keluarga besar beg 30 Montaigne yang mempunyai visi idea dalam gaya beg yang lebih praktikal. Beli sekarang dan menang gaya hingga berzaman lamanya.