Beg Dior: Ini Lima Yang Wajib Anda Miliki - Page 3 of 5 - Glam Malaysia

Beg Dior: Ini Lima Yang Wajib Anda Miliki

Dior menjadi pilihan wanita, kerana ia memiliki fesyen yang lengkap. Ceraian bajunya kini amat mudah digayakan, terima kasih kepada Maria Grazia Chiuri. Tetapi yang tetap meraja adalah himpunan beg Dior! Setiap tahun ada sahaja beg baharu yang dipersembahkan. GLAM kongsi lima beg yang wajib wanita GLAM miliki untuk melengkapkan gerobok aksesorimu!

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

30 MONTAIGNE

Sebagai mengabadikan lokasi penting, Maria Grazia Chiuri memilih untuk mereka satu beg khusus untuk itu. Dia meletakkan nama 30 Montaigne sebagai nama beg rekaannya pada 2019. Grazia Chiuri mereka beg 30 Montaigne ini dengan berasaskan pada rekaan yang lebih praktikal. Beg berbentuk empat segi ini seakan mampu menaikkan gaya wanita Dior nampak lebih sofistikated. Menambah ikonik ada cetakan 30 Montaigne pada bahagian belakang beg.