Beg Dior: Ini Lima Yang Wajib Anda Miliki - Page 2 of 5 - Glam Malaysia

Beg Dior: Ini Lima Yang Wajib Anda Miliki

Dior menjadi pilihan wanita, kerana ia memiliki fesyen yang lengkap. Ceraian bajunya kini amat mudah digayakan, terima kasih kepada Maria Grazia Chiuri. Tetapi yang tetap meraja adalah himpunan beg Dior! Setiap tahun ada sahaja beg baharu yang dipersembahkan. GLAM kongsi lima beg yang wajib wanita GLAM miliki untuk melengkapkan gerobok aksesorimu!

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

DIOR CARO

Catherine Dior adalah adik kepada Christian Dior, dan lebih senang dengan nama timangan Caro. Nama manja itu diabadikan kepada sebuah beg penting yakni Dior Caro. Beg ini diperbuat menggunakan cetakan Cannage yang ikonik dan penting buat rumah fesyen Paris. Kali pertama dipersembahkan pada pertunjukan pra-musim bunga 2021, ia kini menjadi sambaran wanita yang berkarakter feminin. Catherine sudah banyak kali menjadi inspirasi buat Dior, paling ikonik adalah wangian Miss Dior.