Biarpun fungsi beg tangan kian holistik kini, tidak menjadi budaya di Dior untuk terlalu terburu mengeluarkan rekaan beg semata-mata mahu melengkapkan permintaan trend masa kini. Malah bagi rumah fesyen ini, apa yang lebih utama adalah kepentingan dalam memastikan wanitanya mewarisi setiap estetika seni yang terkandung dalam pembuatan sebuah beg tangan yang timeless. Bukti baru adalah menerusi beg Diorever.