Kot bercorakkan harimau bintang semestinya mampu menjadikan anda the center of attention jika digayakan dengan dengan betul. Tetapi jika gaya yang salah digunakan bersama kot itu, anda mungkin terpaksa dikategorikan sebagai fashion disaster. Kot harimau bintang ini tidak lapuk dek zaman dan juga amat fleksibel kerana boleh digayakan dengan apa sahaja sebenarnya. Di pentas peragaan, pereka-pereka fesyen seperti Prada, Isabel Marant, Givenchy, dan Dries Van Noten mempamerkan kot harimau bintang ini dalam koleksi mereka. Trend ini juga mula dibawa kembali oleh selebriti-selebriti untuk membuktikan yang kot harimau bintang ini masih lagi in style.