Bayang 'Classic Summer' Dalam Himpunan Tory Burch Musim Panas 2021 - Glam Malaysia
Bayang 'Summer Chic' Dalam Himpunan Tory Burch Musim Panas 2021

Bayang ‘Classic Summer’ Dalam Himpunan Tory Burch Musim Panas 2021

KONSTRUKSI KLASIK PAKAIAN SUKAN DARI ERA ‘70AN ADALAH INSPIRASI UTAMA TORY BURCH UNTUK HIMPUNAN MUSIM PANAS 2021. CAMPURAN RAGAM MOTIF BERBALAS WARNA-WARNA BERANI MENCADANGKAN GAYA BERPAKAIAN YANG LEBIH SEMARAK.

Tory Burch menyimpulkan keringkasan dalam himpunan musim panas 2021. Menggarap ilham klasik Amerika, gambaran fesyen yang dipersembahkan Tory Burch kali ini adalah eksploratif dan energik. Tak meninggalkan DNA corak-corak beragam sebagai identiti ikonik Tory Burch, palet warnanya kali ini pun mengeksplorasi kebolehan dalam penampilan yang bervariasi. 

Jika diamati, deretan rekaan terlihat ringkas, ‘tajam’ dan direpresentasikan dalam motif floral yang dikukuhkan dengan warna-warna berani. Justeru, koleksi ini menyajikan tampilan segar dengan eksplorasi yang menarik. 

Tory Burch

Siluet bersifat sukan adalah garapan idea dari pakaian sukan klasik Amerika yang memberikan nuansa ‘clean’ dan energik dalam potongan sederhana berbusana aktif untuk beraktiviti. Tambahan lagi, dalam suasana pandemik sekarang, para wanita perlu tampil selesa untuk aktiviti sehari-hari. Namun, faktor fesyen tidak tersingkir, yang mana sematan warna dan corak serta butiran tambahan seperti renda dan quilt, nyata merefleksikan tren fesyen musim panas. 

See also
Beg Raffia LOEWE, Summer Trend 2023

Reka bentuk klasik pakaian sukan dari era ‘70-an merupakan inspirasi utama Tory Burch dalam memilih fit dan potongan. Fokusnya adalah pada faktor selesa. Helaian dress, jaket, blaus, baju panas, seluar potongan lebar, dan skirt dari koleksi ini sebaiknya dijadikan pendamping setia stail musim panas kerana kaya akan corak, warna dan butiran yang tinggi nilai seninya. Sulaman floral pada beberapa rekaan adalah antara ‘highlight’ dalam himpunan Tory Burch untuk musim panas 2021. 

Selain corak floral, bagi golongan wanita yang lebih gemar rekaan bernuansa minimal, campuran ragam motif dengan warna-warna terang turut menjadi taruhan utama. Motif gingham pada rekaan sut atau kemeja tunik, misalnya mencadangkan gaya berpakaian yang lebih semarak. Tersisip juga karakter maskulin melalui potongannya. Tak lupa deretan aksesori beg tangan, tali pinggang, kaca mata dan kasut untuk paduan baju sedia pakai senada yang sempurna kenakan. 

Artikel berkaitan: Sensualiti La Medusa