Barisan Millenials Membintangi Kempen SS17 Dolce & Gabbana
Sonia Ben Ammar, Thylane Blondeau, Cameron Dallas, Brandon Thomas Lee, Presley Gerber, Luka Sabbat, & Rafferty Law untuk Kempen Musim Bunga 2017 Dolce & Gabbana Foto: Franco Pagetti
Jenama mewah Dolce & Gabbana memperkenalkan barisan generasi millenials semasa pertunjukan fesyen Musim Bunga 2017 mereka yang terdiri daripada anak-anak selebriti, penyanyi baru, model-model dan bintang-bintang media sosial.
Zendaya, Sonia Ben Ammar, Thylane Blondeau untuk Kempen Musim Bunga 2017 Dolce & Gabbana Foto: Franco Pagetti
Antara nama-nama yang membintangi kempen SS17 mereka yang terbaru adalah Zendaya, Luka Sabbat, Presley Gerber, Cameron Dallas, Gabriel-Kane Day-Lewis, Rafferty Law and Thylane Blondeau. Foto-foto yang diambil oleh jurufoto Franco Pagetti di Capri yang pernah digembar-gemburkan pada laman sosial media dengan hashtag #DGMillenials.
Zendaya, Sonia Ben Ammar, Thylane Blondeau untuk Kempen Musim Bunga 2017 Dolce & Gabbana Foto: Franco Pagetti
Rumah fesyen tersebut mengongsikan imej-imej daripada kempen tersebut melalui Facebook dan Instagram mereka.
Foto-foto tersebut kelihatan sangat riang dan penuh warna-warnia dengan wanitanya memakai dress-dress berbunga dan meriah manakala lelakinya ada yang kelihatan segak dengan mengenakan sut dan ada pula yang kelihatan kasual dengan jaket baseball dan baju oversized.