Balenciaga Telah Membuat Beg Kerepek Kentang Lay's
Balenciaga Telah Membuat Beg Kerepek Kentang Lay's

Balenciaga Telah Membuat Beg Kerepek Kentang Lay’s

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Balenciaga masih dengan idea yang karut tapi tetap tampil hebat!

Kerepek kentang, tetapi jadikan fesyen. Balenciaga masih dengan idea yang karut tapi tetap tampil hebat! Kali ini jenama yang terkenal dgn kontroversi fesyen, menghasilkan satu rekaan beg baharunya yang serupa dengan bungkusan makanan ringan iaitu kerepek kentang Lay’s , Beg Lay’s itu lengkap dengan warna dan grafiknya yang boleh dikenal pasti serta-merta. Beg itu tidak mengandungi sebarang makanan ringan. Sudahnya, ia langsung menjadi bahan bualan hangat di media sosial.

Menurut laporan, beg Balenciaga x Lay pertama kali dilihat semasa Minggu Fesyen Paris Musim Bunga/Musim Panas 2023, yang berlangsung pada 4 Oktober 2022 lalu.

Balenciaga

Foto: Pinterest

Ia adalah salah satu item unikĀ  yang dilihat pada acara fesyen mega, mempamerkan gaya penetapan trend dan mentakrifkan semula masa depan fesyen. Ingat pakaian Coperni semburan Bella Hadid? Itu mungkin salah satu momen paling popular dalam fesyen dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Beg itu pula secara senyap-senyap mencipta satu lagi moment yang hebat!

See also
GLAM 101: Oscar De La Renta