Apakah Yang Menanti NYFW? - Glam Malaysia

Apakah Yang Menanti NYFW?

ENTS: MOCA 35th Anniversary Gala Celebration - Arrivals Gambar: TPGVIP

 
September is the January of fashion! Sememangnya merupakan bulan yang sibuk bagi dunia fesyen, bulan ini padat dengan jadual yang dimulai dengan Minggu Fesyen New York semalam. Pelbagai kemeriahan yang akan disajikan sepanjang 9 hari berlangsungnya acara fesyen itu dengan lebih 100 jenama bakal mempersembahkan koleksi terbaru mereka. Laman web Fashionista menyenaraikan antara perkara yang harus diberi perhatian sepanjang NYFW nanti.
 
1. JEREMY SCOTT & MILEY CYRUS
Pereka fesyen itu telah mendedahkan rancangannya untuk minggu fesyen pada Anugerah MTV Video Music Awards yang lalu. Menurutnya, penyanyi Miley Cyrus akan turut serta dan dia tidak akan menggunakan khidmat model sebaliknya personaliti terkenal dengan imej cool.
 
2. MUKA BARU BARISAN HADAPAN
Sememangnya merupakan tradisi untuk membariskan muka baru dan segar di barisan hadapan pertunjukan fesyen. Kebiasaanya terdiri daripada selebriti muda dan cool, tahun ini bakal menyaksikan kehadiran penyanyi Banks serta pelakon filem Transformers, Nicola Peltz.
 
3. KENDALL JENNER & HAILEY BALDWIN
Membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan nama Jenner bagi dipandang serius orang fesyen, Kendall yang semakin mencuri tumpuan kebelakangan ini bakal melangkah lebih jauh lagi di minggu fesyen ini. Hailey Baldwin yang merupakan anak saudara kepada pelakon Alec Baldwin pula antara wajah baru yang bakal menggegarkan dunia peragawan.
 
4. KEMBALINYA JENAMA L.A.M.B
Jenama milik penyanyi Gwen Stefani ini bakal kembali mempersembahkan koleksi mereka di Minggu Fesyen New York setelah beberapa tahun tidak menyertainya. Tentunya ramai peminak L.A.M.B tidak sabr menanti himpunan oleh penyanyi dan pereka berjiiwa ranggi ini yang pastinya memeriahkan lagi minggu fesyen yang amat dinanti.
 
 

See also
Final Fantasy dan Jaden Smith Wajah Kempen Louis Vuitton