Anniesa Hasibuan Menampilkan Hanya Model-model Imigran Semasa NYFW - Glam Malaysia

Anniesa Hasibuan Menampilkan Hanya Model-model Imigran Semasa NYFW

Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2017 Anniesa Hasibuan semasa NYFW.
Foto: Getty

Pereka fesyen muslimah Anniesa Hasibuan melakar nama sebagai pereka fesyen Muslim pertama yang mempamerkan koleksi berhijab di NYFW musim lalu. Kali ini juga Anniesa tidak lupa untuk menunjukkan perbezaan dalam pertunjukan koleksi terbarunya.

 

Seperti kebanyakan pereka-pereka fesyen yang menggunakan pentas peragaan mereka sebagai landasan untuk membuat kenyataan politik mereka mengenai isu-isu semasa, Anniesa turut mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan sokongannya kepada imigran-imigran selepas isu arahan eksekutif Presiden Trump yang berunsurkan anti-imigran.

See also
Kegemilangan Dua Dekad B.Zero 1

 

Pereka dari Indonesia itu menampilkan barisan model-model yang terdiri daripada imigran dan juga generasi kedua imigran dalam pertunjukan koleksi musim luruh/sejuknya.

 

Paula Montes from Peru dan Deiyna Ba from Senegal.

Anniesa menerangkan keputusan yang dibuat ini adalah kerana bagi dirinya, fesyen merupakan dunia yang bebas dan dia tidak mahu mendiskriminasi sesiapa pun. Kepelbagaian adalah fesyen bagi dirinya.

 

Chantal Kammerman berketurunan Swiss-Afrika.

Semasa sesi pemilihan dibuat, model-model itu diminta untuk memberikan pendapat mereka mengenai isu anti-imigran ini dan seorang model Chantal Kammerman yang berketurunan Swiss-Afrika menyuarakan pendapatnya:

 

“Perihal Larangan Muslim itu, pertamanya, ibu saya merupakan seorang Muslim, tetapi saya rasa agama seseorang tidak patut menjadi isu untuk seseorang berhijrah. Salahkah jika mahu keluar dari negara sendiri untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik? Untuk memastikan masa depan yang lebih baik? Untuk mendapatkan pendidikan yang baik? Saya akan berjuang untuk perkara-perkara ini selagi saya mampu.”

 

“Saya percaya semua orang patut diberi peluang yang sama rata, terutamanya jika dia mempunyai minat, bakat, dan kemahiran, kerana bukan semua imigran “jahat”. Kita telah membuktikan mereka merupakan sumbangan yang hebat kepada Amerika,” terang Anniesa lagi.

See also
Space Glamor Bersama Chanel Di Grand Palais

 

Fashion is heading toward the right direction so it seems.