Memiliki wajah persis ibunya Vanessa Paradis serta gaya effortlessly cool seperti bapanya Johnny Depp, anak gadis kepada pasangan selebriti ini, Lily-Rose Depp menjadi tumpuan sewaktu menghadiri pentas fesyen Chanel Paris-Salzburg di New York.
Hadir dalam persalinan Chanel koleksi haute couture musim bunga 2015, gadis remaja berumur 15 tahun itu kelihatan seperti seorang peragawati dengan lagaknya yang penuh konfiden dan bersahaja.
Lily-Rose turut mengikuti jejak langkah bapanya dengan membabitkan diri dalam dunia lakonan. Terbaru, mereka bakal muncul bersama dalam filem komedi seram Yoga Hosers yang akan ditayangkan Jun nanti.