AN ODE TO NEW ORLEANS

Kate Spade New York: An Ode to New Orleans

KEMBARA ROAD TRIP DEBORAH LLOYD SEWAKTU MERENTASI AMERIKA BAGAIKAN TERHENTI DI NEW ORLEANS. KEINDAHAN TAMAN, KESEGARAN SUNGAI MISSISSIPI DAN ALUNAN MUZIK JAZZ TELAH MEMANAHKAN PESONANYA.

 

Teks: Yana Baharudin

 

Deborah Lloyd Presiden & Ketua Pegawai Kreatif Kate Spade

Perjalanannya ke New Orleans, kota laid back ini menyimbah banyak inspirasi buat musim ini. Bunga magnolia mekar dan segar mengundang rama-rama untuk singgah menghirup madunya. Panorama indah disempurnakan dengan  senibina klasik rumah agam di kota kelahiran muzik jazz ini. Persekitaran serta ambiance yang dibawa oleh kota penuh budaya dan sarat sejarah ini diangkat sebagai tunjang ilham Kate Spade New York sempena meraikan tahun ke-25 mereka. Oleh itu, kesibukan Grand Central juga turut mengandungi elemen klasik menghiasi   pentas untuk mempertontonkan koleksi musim bunga 2018 Jenama ini.

Dari luar Restaurant Oyster Bar ( lokasi presentation), sudah kedengaran musik jazz yang dimainkan oleh Big Brass Band bagi meniup roh  New Orleans membuatkan semua model menari sama. Bandar penuh relaks ini juga turut dijelmakan pada setiap helaian Kate Spade New York yang terlihat ringkas daripada cetakan bunga, kekotak, denim sehingga ke corak rama-rama. Helaian ini dipadankan dengan sandal, kasut tumit kitten dan sneakers untuk  langkah yang lebih selesa kala berpergian. Malah yang menjadi highlight pagi itu adalah pengenalan semula beg Sam iaitu beg tangan arkib 1993 yang tampil dalam perincian lebih segar.

See also
5 Selebriti Berkongsi Pengalaman Menghidap Kanser Payudara