Alberta Ferretti Memperkenalkan Koleksi Terbarunya Dengan Elemen Itali
GLAM Pick:
[envira-gallery id=”62314″]
Alberta Ferretti sekali lagi membuktikan bahawa dia memahami apa yang diinginkan oleh wanita melalui rekaannya untuk koleksi Musim Luruh/Sejuk 2017 semasa hari pertama Minggu Fesyen Milan.
GLAM Pick:
[envira-gallery id=”62311″]
Koleksi Alberta kali ini menampilkan elemen-elemen Itali seperti corak belang yang sering dilihat pada pengendali gondola, imej Grand Canal pada beberapa ceraian dan Alberta juga memanipulasikan corak-corak floral untuk koleksi ini.
Alberta juga menggunakan gaya dan bentuk pakaian tidur sutera untuk kebanyakan ceraian dalam koleksinya ini
GLAM Pick:
[envira-gallery id=”62312″]
Turut ditampilkan dalam koleksi ini adalah gaya pakaian berlapis (obviously duh) dan dress labuh beralun ibarat ditiup angin.
Alberta turut menampilkan model yang sedang membina namanya dalam indsutri peragaan dengan hijabnya, Halima Aden.
GLAM Pick:
[envira-gallery id=”62313″]
Koleksi Alberta juga menampilkan koleksi kapsulnya dengan beberapa orang model yang berjalan keluar sambil mengenakan sweater yang mempunyai hari-hari dalam seminggu sebagai penutupan pertunjukannya.