3 Aksesori Fesyen Wajib Ada Dalam Setiap Gerobok Anda - Glam Malaysia

3 Aksesori Fesyen Wajib Ada Dalam Setiap Gerobok Anda

Trend kerap hadir dan berlalu begitu sahaja, namun ada aksesori fesyen yang akan sentiasa menjadi ‘in’ dalam setiap gaya.  

Bila berbicara tentang wardrobe staples, dalam minda pastinya berbicara jeans biru, skinny jeans, kemeja putih. Namun ramai yang tidak beri perhatian kepada aksesori. Aksesori juga amat penting dan menjadi pelengkap gaya kepada stail peribadi anda. 

Kami tahu, jarang sekali di antara anda yang langsung tidak punya aksesori fesyen, baik cermin mata, perhiasan emas, topi dan sebagainya. Namun, apa yang ingin kami kongsikan adalah aksesori penting yang cukup timeless untuk disuntik dalam setiap gaya harian anda. Ayuh GLAM senaraikan apa yang wajib ada dalam setiap gerobok anda!

3 Aksesori Fesyen Wajib Ada

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

1- Tas Tangan Hitam

Setiap penggemar fesyen harus anda sekurang-kurangnya sebuah tas tangan hitam yang boleh dipikul bahu. Rona hitam cukup klasik serta versatil ini boleh dipadu dengan apa juga busana yang anda sarungkan. Makan malam, keluar berlibur, menonton wayang, majlis penting, semuanya boleh anda gayakan. 

See also
Ketua Editor Vogue Italia Franca Sozzani Tiada Lagi