Aidilfitri 2021, Gaya Selebriti Sambut Syawal - Glam Malaysia

Aidilfitri 2021, Gaya Selebriti Sambut Syawal

Satu per satu ujian yang terpaksa rakyat Malaysia hadapi sepanjang menyambut kemuliaan bulan Ramadan dan kehadiran Syawal. Berlangsungnya satu Syawal yang lalu, tersedia maklum terdapat beberapa prosedur dan arahan yang harus diikuti dari pihak-pihak tertentu dalam memastikan sambutan Lebaran dapat diteruskan. Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, ada beberapa peraturan yang perlu diikuti.

Kegusaran yang melanda akibat krisis pandemik juga menghormati kesengsaraan yang melanda bumi Gaza, rakyat Malaysia bersepakat untuk meraikan satu Syawal dengan bersederhana. Platform-platform media sosial sarat dengan perkongsian maklumat dan mesej solidariti mengenai situasi semasa. Menandakan sokongan kuat orang kita terhadap bumi Gaza serta meraikan kepositifan. Pun begitu, para selebriti dan personaliti fesyen tak ketinggalan untuk mempamerkan stail Aidilfitri mereka yang stylish. Meskipun meraikan Syawal tidak seperti kelaziman atas kekangan PKP.

Gaya Raya siapakah yang paling menyerlah? Pasangan selebriti yang manakah bergaya sedondon kala Syawal? Dalam era yang mana fesyen Raya tampil bervariasi dan banyak pilihan, apakah rekaan yang bersifat tradisional menjadi pilihan utama selebriti? Atau apakah rekaan terarah kontemporari menyinari gaya mereka pada pagi Raya? 

See also
Diamond & Platinum X Nurita Harith “FLEURIT”, Serikan Perkahwinan Idaman

Seringnya menjelang sambutan Raya, pasangan tempatan berpengaruh, seperti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Zahirah McWilson dan Aiman Hakim, Scha Alyahya dan Awal Ashaari, Fazura dan Fattah Amin, Neelofa dan Haris, semestinya dinanti-nantikan kemunculan mereka dalam busana Raya masing-masing.

Fesyen Raya mereka tentunya menerbitkan rasa teruja kerana pastinya cita rasa mereka dalam pemilihan baju Raya pasti lain daripada yang lain. Fesyen-fesyen Raya selebriti memang dari dulu-dulu lagi sering dinanti-nantikan. 

Kini, selebriti-selebriti muda merangkap influencer, seperti Yaya Zahir, Shalma Ainaa, Daiyan Trisha, Ameera Khan, Janna Nick, Ally Mukhriz, Alicia Amin, Izara Aishah, Nelydia Senrose, Mimi Lana dan Azira Shafinaz pula mencuri tumpuan. Gaya-gaya Raya yang lebih segar dan berjiwa muda sering ditampilkan oleh mereka. Pengikut media sosial gemar merujuk stail mereka sebagai panduan dan menunggu juga bagaimana fesyen menyambut Aidilfitri mereka untuk kali ini? Berikut antara fesyen para selebriti dan personaliti fesyen lokal pilihan GLAM yang cukup menonjol untuk Aidilfitri tahun ini.

  1. FAZURA & FATTAH AMIN
See also
The Row Menampilkan Model Berusia 30 Tahun Ke Atas Untuk NYFW

2. SCHA ALYAHYA & AWAL ASHAARI

3. ZAHIRAH MACWILSON & AIMAN HAKIM

4. ROZITA CHE WAN & ZAIN SAIDIN

5. YAYA ZAHIR & ARRIZ AZIM

6. ALICIA AMIN & FARZAN

7. IZARA AISHAH


8. NURIDA SURAYA & RIZMAN NORDIN

9. DATIN VIVY YUSOF & DATUK FADZA

10. ALLY MUKHRIZ & EZRAN DAUD CHEAH

See also
Stail Pilihan GLAM Pada Malam #MostGLAM 2017