Adikarya Terindah Buat Koleksi Adibusana SS25 - Page 6 of 6 - Glam Malaysia

Adikarya Terindah Buat Koleksi Adibusana SS25

6 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

6. Schiaparelli

Siluet hourglass! Rona nude! Perincian mewah! Segala yang dipersembahkan cukup sempurna buat Schiaparelli yang membuka tirai Minggu Fesyen Haute Couture di Paris. Menghadirkan koleksi ibarat kapsul masa, menyentuh semula kemewahan vintaj dengan pendekatan kontemporari. Daniel Roseberry menyulam inspirasi daripada siluet klasik awal abad ke-20, lalu membentuk busana yang meraikan sensualiti feminin dalam palet warna kulit yang menggoda dan lembut. Setiap rekaan adalah penghormatan kepada tubuh wanita sebagai kanvas seni yang mengagumkan. Tampilan korset hourglass menjadi watak utama yang nyata memukau. Siluet dramatik ini dipadankan dengan padding bahu, boning pinggul dan korset yang mengukir pinggang menjadi ilusi kecil. Roseberry menyebutnya sebagai “liquid deco”, satu interpretasi moden terhadap Hollywood glamor lama yang disuntik dengan keghairahan feminin masa kini. Daripada sutera yang beralun, ke sulaman flora dan manik berkilau, koleksi ini menghidupkan aura high fashion yang sepatutnya wujud buat pertunjukan couture. Daniel Roseberry, dengan kepekaan artistiknya yang tajam, sememangnya tidak pernah mengecewakan. Hal ini meletakkan dirinya di arena yang cukup tinggi sebagai seorang Pengarah Kreatif.

See also
Tona Kulit Pilihan Musim Luruh Chanel 2022

Artikel Berkaitan: Barisan Bintang Bersinar Di Pertunjukan Adibusana Schiaparelli AW25

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.