Adikarya Terindah Buat Koleksi Adibusana SS25
4. Dior

Buat koleksi Haute Couture Dior Musim Bunga/Musim Panas 2025, ia merupakan pentas fesyen mewah yang penuh fantasi dan berjiwa bebas. Diilhami daripada koleksi Trapeze ciptaan Yves Saint Laurent ketika tahun 1958, Maria Grazia Chiuri meneroka semula tampilan siluet A-line dan fabrik bermaterial ringan, menjadi himpunan busana yang menyuntik keindahan alam dan seni metamorfosis. Diapit karya seni rekaan oleh Rithika Merchant serta suasana surreal yang ternampak menguasai pentas peragaan, ia adalah pertunjukan fesyen yang menjelma sebagai mimpi indah dilakar oleh Pengarah Kreatif Dior sendiri. Fabrik bertingkat, renda halus dan hiasan berjurai, mencorak gerakan lembut pada setiap langkah yang dapat kita perlihatkan. Sementara itu, siluet Cigale terkenal yang dicipta oleh Christian Dior, dibayangi semula dengan fabrik moire yang nyata memberi kekemasan dan kelembutan pada busana. Crinoline moden dan tampilan skirt berkandang pula memancarkan potongan dramatik, seolah akar yang tumbuh lalu membisik puisi flora buat tubuh si pemakai. Chiuri turut menginjek butiran yang mengangkat sisi estetika wanita, memberi dimensi baharu padanya. Setiap helaian membawa maksud tersendiri, memberi tafsiran puitis pada koleksi Haute Couture Dior musim ini.
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.

