ADI BUSANA DIOR MUSIM LURUH/SEJUK’16 MENGETENGAHKAN PERIHAL NAFAS BARU JAKET BAR DAN SIMBOLIK NUASA HITAM DAN PUTIH. - Glam Malaysia

ADI BUSANA DIOR MUSIM LURUH/SEJUK’16 MENGETENGAHKAN PERIHAL NAFAS BARU JAKET BAR DAN SIMBOLIK NUASA HITAM DAN PUTIH.

Oleh: Yana Baharuddin
 
Dua pereka Dior yang dilantik bagi melunaskan tanggungjawab untuk himpunan adi busana yakni Lucie Meier dan Serge Ruffieux telah mengambil inspirasi dari potongan rekaan yang tersimpan dalam arkib rumah fesyen ini. Maka Julai lalu, Jaket bar turut dikembalikan malah diberi sentuhan baru yang diganding bersama skirt. Apa yang mahu ditonjolkan oleh kedua ini adalah kehebatan dalam penyelarasan bentuk yang terhasil melalui kombinasi dua cerian ini. Lantas imej jaket bar yang direka berpinggang ini tampil lebih unik bersama skirt rekaan berstruktur. Lalu, proses penghasilan skirt seperti menambah pleat, draping atau apa jua perincian sehinggakan aspek pemilihan kain pelapik (linings) turut diberi fokus asalkan skirt yang dihasilkan tampil baru.
 
Warna hitam dan putih adalah dua warna yang hidup segar dalam himpunan ini. Ia digambarkan tentang dualiti antara maskulin dan feminin, serta sejarah dan masa kini. Malah, dua pereka ini menterjemahkan hitam dan putih sebagai dua warna kontras yang wujud lantas memberikan keseimbangan dan unsur dinamik sepanjang kolaborasi kedua mereka. Bak kata mendiang Monsier Dior pula, “White is simple, pure and goes with everything,”serta “I could write a whole book about black”. Yang membawa maksud tentang kesempurnaan kedua warna yangtimeless ini. Bagi menambah mewah untuk himpunan ini, perincian sulaman emas dan perak yang diadaptasi dari karya César and Claude Lalanne, a nod to Art Brut turut sama dihasilkan. Lalu terciptanya sebuah sketsa himpunan adi busana yang cukup muda dan elegan ini.
 
[soliloquy id="49277"]
[soliloquy slug="dior-haute-couture-2"]