A Chopard Winter Tale
Setiap tahun, Chopard menyediakan kisah yang indah dan saling berkait dengan semua ciptaannya. Kisah-kisah yang telah diceritakan telah membantu menyatukan dan membawa anda semua kembali ke kenangan zaman kanak-kanak yang sederhana dan indah.
Bagi musim keraian 2019 ini, Chopard telah mencipta kisah Winter tale yang baru dan jemputan untuk memulakan perjalanan mimpi bersama Arty the Bear & the Shooting Star. Beruang kutub adalah salah satu simbol ciptaan bagi koleksi Animal World dan Happy Diamonds, watak yang dekat di hati Caroline Scheufele dan mengimbau semula memori indah zaman kanak-kanak.
Slide di bawah untuk melihat koleksi Chopard Holiday Season 2019 yang dipaparkan dalam kisah Winter tale yang boleh dijadikan sebagai hadiah terbaik untuk yang tersayang di Hari Natal nanti.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang Chopard atau kunjungi butik Chopard. Lihat video penuh A Chopard Winter Tale di sini.