8 Selebriti Lelaki Yang Mencabar Stereotaip Maskulin - Page 5 of 9

8 Selebriti Lelaki Yang Mencabar Stereotaip Maskulin

Jaden Smith mencuri perhatian dunia sewaktu dia tampil mengenakan dress dan rentetan tindakannya itu menyebabkan ramai melemparkan kritikan kepada Smith pada waktu itu.

 

Namun Smith tampil mempertahankan keputusannya hanya dengan " If I Wanna Wear A Dress, Then I Will, And That Will Set The New Wave… -JADEN SMITH #ICON."

 

Tidak berhenti di situ sahaja, Smith kemudiannya tampil di dalam lampiran fesyen sebuah majalah terkenal mengenakan dress sekali lagi dan menerangkan "Saya tidak nampak pakaian lelaki dan pakaian wanita. Saya merasakan orang sekarang keliru dengan norma jantina. Saya rasa mereka tidak faham. Saya tidak mengatakan yang saya faham sepenuhnya, saya hanya ingin menyatakan saya tidak pernah nampak sebarang perbezaan jantina dalam hal ini."

 

Dalam hal ini, Smith mungkin dilihat sebagai peneraju evolusi fesyen lelaki, namun dia bukanlah satu-satunya selebriti lelaki yang pernah mengenakan dress dan skirt untuk membuktikan pakaian tidak menentukan sifat maskulin dan feminin seseorang.

5 of 9

Nico Tortorella

Aktor pansexual Nico Tortorella telah lama cuba membongkar erti disebalik jantinanya. Terutamanya dalam fesyen. Untuk majlis perkahwinannya sendiri, Tortorella mengenakan dress putih yang sepadan dengan isterinya Bethany C. Myers. Minatnya dalam identiti jantina membuatkan dia lebih bersemangat untuk mengenali dirinya dengan lebih mendalam.

 

Saya merasakan perkataan yang kita gunakanan boleh membawa banyak erti. Saya kini sedang cuba untuk membongkar dunia jantina dan apa ertinya bagi saya. Saya merasakan lebih banyak saya menggali, lebih kurang kepercayaan saya kepada kewujudan dua jantina sahaja.