8 Selebriti Lelaki Yang Mencabar Stereotaip Maskulin - Page 3 of 9

8 Selebriti Lelaki Yang Mencabar Stereotaip Maskulin

Jaden Smith mencuri perhatian dunia sewaktu dia tampil mengenakan dress dan rentetan tindakannya itu menyebabkan ramai melemparkan kritikan kepada Smith pada waktu itu.

 

Namun Smith tampil mempertahankan keputusannya hanya dengan " If I Wanna Wear A Dress, Then I Will, And That Will Set The New Wave… -JADEN SMITH #ICON."

 

Tidak berhenti di situ sahaja, Smith kemudiannya tampil di dalam lampiran fesyen sebuah majalah terkenal mengenakan dress sekali lagi dan menerangkan "Saya tidak nampak pakaian lelaki dan pakaian wanita. Saya merasakan orang sekarang keliru dengan norma jantina. Saya rasa mereka tidak faham. Saya tidak mengatakan yang saya faham sepenuhnya, saya hanya ingin menyatakan saya tidak pernah nampak sebarang perbezaan jantina dalam hal ini."

 

Dalam hal ini, Smith mungkin dilihat sebagai peneraju evolusi fesyen lelaki, namun dia bukanlah satu-satunya selebriti lelaki yang pernah mengenakan dress dan skirt untuk membuktikan pakaian tidak menentukan sifat maskulin dan feminin seseorang.

3 of 9

Kurt Cobain

Penyanyi Nirvana Kurt Cobain menjelaskan pilihannya untuk mengenakan dress adalah kerana, “Saya merasa lebih dekat dengan bahagian feminin daripada bahagian lelaki – atau apa yang dikategorikan sebagai lelaki menigkut idea America. Lihat sahaja iklan beer dan anda akan faham maksud saya.”